Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Salam 14 Ramadhan 1435H....Alhamdulillah 3x, kita dah pun memasuki fasa kedua bulan tarbiyah ini, bulan rahmat dan bulan berkat. Sekejap saja masa berlalu kan. Sepertinya macam baru semalam mula berpuasa. Rasa masih terlalu banyak lagi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan tanpa memenuhinya dengan ibadah yang sepatutnya. Kan Ramadhan ni bulan pesta ibadah, jadi amat rugi jika kita sia-siakan masa yang masih berbaki ini dengan perkara lagha dan tidak bermanfaat (sebenarnya peringatan untuk diriku jua....huhuhu).
Ada sahaja peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni kan antaranya yang terkini meruntun jiwa adalah pencabulan hak secara terang-terangan tanpa segan silu dengan kejamnya Yahudi Laknatullah ke atas saudara-saudara kita di Gaza. Mereka melakukan kezaliman dan penindasan yang teruk ini di dalam bulan Ramadhan yang mulia, di saat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa termasuk saudara-saudara seIslam kita di sana. Memang dasar bangsa terkutuk Yahudi ni. Mereka ingat menyerang orang-orang Islam di Gaza saat mereka sedang berpuasa adalah satu tindakan yang bijak kerana mereka menyangkakan umat Islam Gaza berada pada kondisi lemah kerana sedang berpuasa tetapi mereka sangat-sangat silap kalau berfikir macam tu.
Pada zaman Rasulullah s.a.w dulu pun berjihad memerangi golongan kuffar ada yang dilaksanakan dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar yang berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125:
" Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."
Sekarang ini, apa yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di sana bukan sahaja bantuan kewangan malah lebih utama adalah doa daripada kita untuk saudara seIslam kita di Gaza. Mari kita doakan dan bacakan qunut nazilah ini untuk saudara-saudara Gaza kita yang terzalimi di sana. Semoga mereka di dalam perlindungan Allah S.W.T sentiasa.
Amin Ya Rabbal Alamin.....
Amin Ya Rabbal Alamin.....
Doa kami selalu untukmu GAZA.....
Teruslah bertahan dengan kesabaran
Kerana ada ganjaran besar menantimu di akhirat sana
Semoga perjuanganmu saudaraku membangkitkan juga semangat jihad di dalam diri kami
Untuk bersamamu hingga kembali bertemu Tuhanmu Yang Esa
Di dalam rahmat dan pelukan kasih-Nya yang abadi selamanya....
#PrayForGaza
Ainul Wardiah Syamsuddin
11.07.2014
10.21 pm





