Pages

Friday, July 11, 2014

Ramadhan Yang Diuji

Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....


Salam 14 Ramadhan 1435H....Alhamdulillah 3x, kita dah pun memasuki fasa kedua bulan tarbiyah ini, bulan rahmat dan bulan berkat. Sekejap saja masa berlalu kan. Sepertinya macam baru semalam mula berpuasa. Rasa masih terlalu banyak lagi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan tanpa memenuhinya dengan ibadah yang sepatutnya. Kan Ramadhan ni bulan pesta ibadah, jadi amat rugi jika kita sia-siakan masa yang masih berbaki ini dengan perkara lagha dan tidak bermanfaat (sebenarnya peringatan untuk diriku jua....huhuhu).

GAZA MENANGIS LAGI!

Ada sahaja peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan ni kan antaranya yang terkini meruntun jiwa adalah pencabulan hak secara terang-terangan tanpa segan silu dengan kejamnya Yahudi Laknatullah ke atas saudara-saudara kita di Gaza. Mereka melakukan kezaliman dan penindasan yang teruk ini di dalam bulan Ramadhan yang mulia, di saat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa termasuk saudara-saudara seIslam kita di sana. Memang dasar bangsa terkutuk Yahudi ni. Mereka ingat menyerang orang-orang Islam di Gaza saat mereka sedang berpuasa adalah satu tindakan yang bijak kerana mereka menyangkakan umat Islam Gaza berada pada kondisi lemah kerana sedang berpuasa tetapi mereka sangat-sangat silap kalau berfikir macam tu. 


Pada zaman Rasulullah s.a.w dulu pun berjihad memerangi golongan kuffar ada yang dilaksanakan dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar yang berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali ‘Imran ayat 123 hingga 125:

" Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."



Sekarang ini, apa yang diperlukan oleh saudara-saudara kita di sana bukan sahaja bantuan kewangan malah lebih utama adalah doa daripada kita untuk saudara seIslam kita di Gaza. Mari kita doakan dan bacakan qunut nazilah ini untuk saudara-saudara Gaza kita yang terzalimi di sana. Semoga mereka di dalam perlindungan Allah S.W.T sentiasa. 
Amin Ya Rabbal Alamin.....


     


Doa kami selalu untukmu GAZA.....
Teruslah bertahan dengan kesabaran
Kerana ada ganjaran besar menantimu di akhirat sana
Semoga perjuanganmu saudaraku membangkitkan juga semangat jihad di dalam diri kami
Untuk bersamamu hingga kembali bertemu Tuhanmu Yang Esa
Di dalam rahmat dan pelukan kasih-Nya yang abadi selamanya....

#PrayForGaza 


Ainul Wardiah Syamsuddin
11.07.2014
10.21 pm

Thursday, July 10, 2014

I'm Back!!!

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah 3x.....akhirnya Allah bagi kesempatan lagi menjengah blog yang sudah lama tertinggal 'berhabuk' ni....huhuhu

Sebenarnya takda idea nak berkongsi cerita apa kali ini tapi memandangkan sekarang ni kita berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia, saya citer sikitlah pasal Ramadhan saya kali ni...boleh kan?

Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk berada dalam Syahrul Barakah 1435H iaitu bulan berkat yang mempunyai pelbagai kelebihan. Allah berfirman:

"Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Al-Baqarah : 183)

Ramadhan datang lagi tahun ini. Kali ini, saya berpuasa di rumah baru dan bersama housemate baru sebab baru je berpindah beberapa hari sebelum mula berpuasa hari tu. Suasananya sangat lain daripada dulu sebab di kawasan rumah baru ni, kebanyakan penghuninya adalah orang melayu dan keadaan di sini lebih meriah berbanding keadaan rumah lama. Lebih happening la orang kata. Tinggal di tingkat tiga sangatlah menguji kekebalan kaki untuk turun naik tangga sebab kat sini takda kemudahan lif. Masa angkat barang waktu mula-mula pindah hari tu pun sangatlah letih dan menguji kesabaran ditambah lagi dengan barang-barang yang banyak hasil 6 tahun duduk di KL ni. Hehe....

Tapi dalam masa yang sama sebenarnya sangat-sangat bersyukur sebab banyak kemudahan ada di sini cam dekat je dengan stesen LRT Taman Melati, surau, gerai-gerai makan, kedai runcit, mesin ATM dan lain-lain lagi. Harga bilik pun kira oklah. Masih dikira murah lagi. Jadi, pagi-pagi tu tak perlulah nak berkejar ke ofis sebab dah dekat dengan lrt....Alhamdulillah :)

Oh ya, lupa nak bagitau dalam rumah ni ada 2 ekor kucing comel tinggal sekali dengan kami. Sekor nama Dora dan sekor lagi nama Kecik...comel kan nama depa? Kecik baru je beranak anak lima dalam 2 minggu lepas walaupun sebenarnya dia lagi muda beberapa tahun dari Dora. Dora pula kucing betina tapi gaya tomboy sangat cam dah kucing jantan dah rupanya. Tapi masih lagi sekor kucing yang manja.

Apa lagi nak citer ye? Takda idea dah. Oklah berhenti takat ni dulu ye. Malam-malam camni, otak dah beku sikit sebab dah ngantuk kiranya. InsyaAllah kita jumpa kat entri yang lain pula. Bolehlah kan untuk permulaan berblogging semula....hehe...
Wassalam.


12 Ramadhan 1435H
10.58 pm  ;)







Thursday, March 21, 2013

~Tukar Sudah Nama Blog~

Assalamualaikum.....

Lamanya tak jenguk blog ni...entah busy memanjang ja tapi tak tahu la apa yang disibukkan sangat...huhu. Cuma post kali ini nak beritahu yang aku telah menukar nama blog ini yang dulunya bernama "Bicara Si Merah Jambu" kepada seperti yang kalian boleh baca kat atas tu...

Sebab-sebab penukaran nama tu mungkin lebih elok lagi guna nama pena ku sebagai nama blog ni...betul tak? baru ada feel nak menulis blog (sebelum ni sebab tak da feel la blog ni sepi je...huhu)

Tarikh tukar nama ni pun tak ingat sebab hari tu gatal je tangan nak tukar nama blog ni sampai lupa nak catat tarikhnya (terlupa ke atau buat-buat lupa?...hehe). Anyway, ambil tarikh hari ni jelah sebagai tarikh rasmi iaitu pada 22 Mac 2013 (Jumaat) 12.08 am. Senang cerita kan :) 

Tukar nama blog bukan main lagi tapi entry blog baru takat ni je yang ada. Takpa-takpa yang penting ada ye tak? (alasan je ni...hihi)

InsyaAllah lepas ni akan ada entry baru akan menghiasi blogku yang tak seberapa ni...

Do support me please :)
Nah, bunga tulip kuning sebagai tanda ku hulur salam persahabatan  untuk kalian yang membaca blog naif ini :)


Thursday, December 1, 2011

~Salam Ukhwah~

Assalamualaikum dan salam ukhwah....

Alhamdulillah...akhirnya blog yang telah lama dirancang untuk dibuat akhirnya secara rasmi diwujudkan hari ini. Mengambil nama sempena nama warna kegemaranku iaitu Bicara Si Merah Jambu akan lebih banyak memaparkan catatan-catatan perjalanan dan akan ada selingan-selingan artikel-artikel menarik untuk santapan dan hiburan jiwa...

Jika ada salah dan silap sepanjang penulisanku di blog ini, terlebih dahulu dipohon kemaafan...sesungguhnya aku hanyalah hamba ALLAH S.W.T yang lemah, banyak cacat celanya..cuma ingin berkongsi kebaikan daripada cerita-cerita pengalaman diri dan orang-orang di sekelilingku untuk diambil iktibar dari kisah-kisah mereka....

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk datangnya dari saya dan kita yang bergelar manusia; hamba-Nya yang hina dina...wallahuallam (^^,)v

Hidup adalah perjuangan :)